KEAMANAN TUNJANG PERPADUAN



Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku disini terutama ancaman bencana alam dan peperangan . Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat . Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburukkan kejayaan tersebut . Jadi , memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleg semua pihak di negara ini untuk memastikkan negara terus berada dalam situasi harmoni tersebut .

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan kemampuan ketenteraannya . Angkatan tentera negara ini telah cub menarik lebih ramai remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan tentera yang serba canggih . Semua ini bertujuan memastikkan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil . Jelaslah , negara menjadi aman kerana memiliki .

Selain itu , negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita Semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi yang berlaku pada masa yang sama . Kerjasama yang erat ini juga memastikan tidak berlaku perselisihanfaham antara peminpi yang boleh membawa ke arah permusuhan lalu ketidakamanan wujud . Jadi , kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati keamanan  .

Malah , keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalann demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hampir tamat . Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat . Keadaan ini menjadikan kepercayaan rakyat terhadap sistem pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali  proses demokrasi dilaksanakan . Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini .

Malahan , pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya . Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak . Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asa penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum disini . Maka , usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secara berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan .

Kesimpulannya , keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-selamanya . Pada masa yang sama aspe pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh kita semua .Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin . Bak kata peribahasa "Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak .

Comments

Post a Comment

Popular Posts