Maksud Keamanan
Keamanan mempunyai banyak maksud yang tersendiri . Keamanan bermaksud keadaan yang bebas dari bahaya mahupun rintangan . Istilah keamanan biasa gidunakan dengan hubungan kepada kejahatan , segala bentuk kecelakaan , dan lain-lain . Keamanan merupakan sesuatu topik yang luas termasuk keamanan negara terhadap serangan ancaman luar yang mampu menguggat kestabilan negara , keamanan pengguna komputer dari hacker , keamanan rumah terhadap penceroboh , keamanan kewangan terhadap kehancuran ekonim dan banyak situasi yang berhubung dengannya . Keamanan membawa kepada keadaan harmoni , integriti, kesederhanaan dan kebahagiaan . Perkataan Islam membawa maksud aman dan selamat . Maksud keamanan amatlah luas . Ia bukan hanya meliputi keadaan tanpa konflik . Keamanan membawa kepada sebarang usaha untuk mengelak konflik dan keganasan . Ia meliputi usaha ke arah keseimbangan , kesederhanaan , ketenangan dan tindakan adil ke atas indvidu mahupun masyarakat . Dari segi agama , Islam juga menyeru ke arah keamanan . Agama Islam merupakan agama yang sering disalahertikan bukan sahaja dalam dunia masa kini bahkan sejak zaman berzaman lagi . Konsep Islam itu bukan sahaja disalahertikan oleh bukan Islam bahkan oleh orang Islam itu sendiri . Islam tidak mengajar umatnya untuk berkasar sesama manusia baik yang beragama Islam mahupun yang tidak beragama Islam . Hal ini , dapat diperhatikan dalam firman Allah yang bermaksud : " Berbicalah kepada masyarakat dengan cara yang lembut dan baik (Surah al-Baqarah : ayat 83) yang mana telah ditafsirkan oleh Imam Hassan Askari as (cucu keturunan Rasulullah SAW) sebagai : " Wahai semua manusia , baik mukmin atau kafir , bertuturlah dengan baik . Jika kalian berbicara sesama mukmin , kalian haruslah bermanis muka . Jika kalian sedang berbicara dengan orang kafir , bersikaplah toleransi agar mereka tertarik , kepada ajaran Islam . Di dalam Islam terdapatnya konsep keamanan dan konsep keamanan ini adalah suatu perkara yang subjektif dan ia sebenarnya membawa makna yang amat meluas mengikut kefahaman seseorang individu tersebut . Di dalam Agama Islam , perkataan keamanan membawa erti keadaan dimana bukannya sekadar tiada berlakunya peperangan sahaja . Keamanan tu akan wujud apabila keadaan di mana tidak ada berlakunya peperangan sahaja .
Keep it up boy !
ReplyDelete