Dunia mungkin menghadapi kekurangan makanan
DUNIA mempunyai sumber dan kepakaran yang cukup bagi menghasilkan pemakanan untuk penduduk yang semakin meningkat sehingga abad baru tetapi bagaimana pula selepas tempoh itu.
Para penyelidik meramalkan sekiranya, langkah-langkah tegas tidak diambil, maka dunia mungkin hadapi masalah kekurangan bekalan makanan. 'Yang pasti,' katanya ialah hampir setengah bilion orang akan kebuluran dan berjuta-juta lagi mati akibatnya.
Pelbagai faktor yang galakkan kepada kekurangan agihan bekalan makanan termasuk peperangan, politik dan ekonomi, di samping perubahan iklim, malapetaka atau wabak penyakit.
Dunia kini, mencatat kepadatan penduduk yang begitu pantas sekali. Pada tahun 2030, dunia dianggarkan pertambahan penduduk sebanyak lapan bilion, tetapi menjelang tahun 2050, ia dijangka menampilkan kadar pertumbuhan yang lebih stabil iaitu kira-kira sembilan bilion.
Walaupun, kajian demografi memberi gambaran yang menakutkan, namun, Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) amat optimis.
Kini sudah ada tanda-tanda awal yang menunjukkan sejumlah besar kalangan penduduk kekurangan makanan berkhasiat di negara-negara membangun iaitu daripada 960 juta atau 37 peratus kepada 790 juta atau 18 peratus dalam tahun 1996. Di negara-negara perindustrian pula, dianggarkan hampir lapan juta penduduk kekurangan makanan berkhasiat dan 26 juta penduduk di negara-negara dalam peringkat peralihan.
Bagaimanapun, pengeluaran makanan bijirin telah meningkat berlipat kali ganda di seluruh dunia berbanding dengan kadar penduduk, ini bermakna jumlah orang yang kebuluran seharusnya menurun.
Menurut FAO dalam satu kajian, dunia mampu menghasilkan makanan yang cukup bagi setiap orang pada kuota 2,720 kilo kalori per kapita sehari, dan di benua Afrika, purata ialah 90 kalori sahaja.
Sehubungan itu, berdasarkan kajian itu, Persidangan Kemuncak Pemakanan Dunia menetapkan bahawa jumlah kekurangan makanan berzat meningkat kepada 400 juta menjelang 2015.
Bagaimanapun, pertubuhan pemulihan Perancis iaitu Pertubuhan Menentang Kebuluran (ACF) memberi amaran bahawa isu-isu seperti konflik tanah atau sumber seperti belian, minyak dan air akan terus menghalang pengagihan bekalan makanan yang sama rata.
''Di Vanni, sebuah wilayah di utara Sri Lanka, kerajaan melarang penggunaan bahan baja di kawasan pertanian yang digunakan oleh para pemberontak Harimau Tamil.
''Ini merumitkan keadaan di mana para penduduk yang terlibat dalam bidang pertanian tidak akan menjalankan kerja-kerja pertanian dan ini menyebabkan hasil pertanian kekurangan di negara itu,'' kata Pengurus Teknikal ACF, Chris Daniell.
Di lain-lain tempat, politik 'sebenarnya ialah bekalan makanan' yang dipegang dalam tangan seperti dalam kes Iraq di mana sehingga Presiden Saddam Hussein mematuhi tuntutan Barat. Setelah 10 tahun sekatan dikenakan di negara itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.4 juta penduduk Iraq telah mati termasuk 500,000 kanak-kanak. Jika tidak ada peperangan yang berlaku, maka kesan negatif terakhir ialah pemerintahan komunis di mana, negara-negara yang mengamalkan prinsip itu sering kali dipinggirkan. Dalam kes ini dunia tidak tahu berapa jumlah sebenar penduduk dari China, Korea Utara atau Cuba yang kebuluran.
Sekiranya, faktor peperangan dan politik tidak dikaitkan secara langsung, maka prinsip asas ekonomi yang melibatkan kehidupan akan memastikan golongan kaya kenyang makan, sementara yang miskin hadapi masalah.
''Kemiskinan adalah isu utama. Kecuali jika ada seimbangan yang teratur, manusia akan terus hadapi masalah mencari makanan,'' kata Daniell, sambil menambah, pihak Badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan terus berusaha menyatukan semula Utara-Selatan. Namun para aktivis politik akan meneruskan usaha rundingan untuk pemulihan hutang bagi kalangan negara miskin, ini sebenarnya akan membawa kepada keseimbangan.
Jelle Bruinsma dari Unit Kajian Perspektif Global FAO bersetuju dengan kesanggupan beberapa negara untuk meneliti isu tanah di kalangan mereka, sebagai langkah menwujudkan pentadbiran yang lebih baik.
Seorang penyelidik FAO memberitahu AFP, perubahan akan berlaku mengikut edaran masa di mana demi makanan untuk seorang orang, ia melibatkan pembangunan negara, pekerjaan dan pendidikan. Di samping itu, faktor pencemaran alam sekitar yang berterusan misalnya pencemaran, hakisan, salji yang mula cair dan membentuk tanah terutama di benua Afrika -Sahara.
Tanpa disedari, air merupakan satu lagi faktor penting yang memberi kesan dalam mencacatkan keupayaan dunia menghasilkan makanan. Kekurangan bekalan air bersih dijangka meningkat 40 peratus bagi tempoh 20 tahun, dan kalangan negara-negara yang hadapi masalah air seperti Israel dan negara jiran dari benua Arab atau pun antara Syria dan Turki, dipercayai semakin tegang.
Walau pun, negara-negara perindustrian dipercayai menghadapi masalah pemakanan yang paling serius ekoran kesan alam sekitar, tapi kemudahan teknologi pemakanan serta kaedah pertanian yang moden boleh membantu memberi perspektif baru. Ia akan menawarkan harapan baru kepada perindustrian pengeluaran makanan. - AFP
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0830&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz4v1XQKGf2
© Utusan Melayu (M) Bhd
betul tu
ReplyDeleteNice one !
ReplyDelete