Rakyat Palestin Terpenjara akibat Kezaliman Tentera Zionis

Konflik ketenteraan dan kemanusiaan di wilayah Palestin terutama Gaza berlaku saban tahun meliputi tempoh hampir tujuh dekad. Malah, Gaza digelar penjara terbesar dunia. Selain itu, peperangan terbaharu sudah enam bulan berlalu di bumi Gaza, namun nasib 1.8 juta rakyat Palestin di wilayah konflik itu masih belum terbela.
Pelarian Palestin, majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan AS$1.5 (RM5.60) sehari masih menderita apatah lagi nasib 108,000 yang hilang tempat tinggal dalam serangan rejim Israel pada Ogos/Julai lalu.
Lebih mengejutkan apabila Agensi Bantuan dan Pekerjaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menyatakan jumlah warga Palestin yang bergantung dengan agensi PBB itu meningkat daripada 80,000 kepada 800,000.
Realiti memeritkan itu dinyatakan Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl, dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen Eropah di Brussels, awal bulan ini.
"Angka ini mengejutkan dan membayangkan situasi tragik yang kita semua harus hadapi," katanya merujuk situasi terkini di wilayah konflik itu.
UNRWA terpaksa henti bantuan kewangan
Peningkatan 10 kali ganda itu tentunya menggusarkan semua pihak apatah lagi ketika UNRWA, yang juga talian hayat kepada rakyat Palestin di seluruh dunia, dilaporkan terpaksa menghentikan program bantuan kewangan di Gaza Januari lalu.
Situasi pedih itu menyebabkan pelarian yang terdesak terbabit dalam rusuhan kecil di gudang simpanan UNRWA di wilayah konflik itu. Wang bantuan itu sepatutnya digunakan untuk membaiki rumah yang musnah atau untuk membayar subsidi sewa pelarian terbabit.
Penulis yang memasuki Gaza pada Oktober lalu mendapati ramai warga Palestin terpaksa berhimpit-himpit di sekolah UNRWA bagi tempat berlindung dan tidak kurang juga menumpang di rumah sanak-saudara atau menyewa bagi yang mampu.
Hospital El Wafa, Rafah yang musnah dibedil Israel pada tahun lalu.
Sempadan Rafah dikawal ketat
Di Gaza, mangsa serangan rejim zionis masih menderita apabila keadaan di sempadan Rafah yang dikawal Mesir belum menunjukkan tanda-tanda positif.
Ia dikawal ketat dengan pergerakan terhad kepada kes-kes khas yang tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan bahagian risikan Mesir. Tentera Mesir juga dilaporkan giat memusnahkan saki baki terowong bawah tanah yang sebelum ini menjadi sumber ekonomi Gaza.
Jambatan yang merentasi Terusan Suez juga terus ditutup dan dikawal pihak tentera Mesir bagi berdepan sebarang ancaman ke atas pemerintahan sedia ada.
Penulis difahamkan perintah berkurung yang dikuat kuasa Mesir hujung Oktober lalu, akibat ancaman militan di wilayah tengah dan utara Sinai, terus berjalan.
Ini bermakna laluan di sempadan Rafah masih terhad dan warga Palestin yang terus dikepung rejim Israel, bergantung sepenuhnya kepada belas ihsan negara jirannya di bawah pimpinan Presiden Abdel Fattah Al-Sisi.
Sumber diplomat memaklumkan perintah berkurung semakin ketat sekalipun pintu sempadan Rafah dibuka selama dua hari pada 9 dan 10 Mac lalu.
Jurucakap pihak berkuasa Palestin di Gaza, Maher Abu Sabha memaklumkan hanya 900 orang dibenarkan menyeberangi sempadan Rafah dengan menaiki 12 bas dalam tempoh dua hari itu.
"Beribu-ribu mahu keluar (dari Gaza) tak dapat berbuat demikian, manakala puluhan terkandas di Mesir tidak dapat pulang," katanya.
Jurucakap Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi, memaklumkan tempoh dua hari itu tentunya tidak mampu menampung bilangan warga Gaza yang ingin keluar dari wilayah konflik itu atas pelbagai sebab.
Pergerakan lancar di sempadan Rafah amat penting bagi kes-kes kritikal khususnya pesakit yang perlu mendapatkan rawatan susulan di luar Gaza.
Pihak berkuasa Mesir sebelum ini mengetatkan kawalan di sempadan ekoran ancaman militan susulan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013 akibat rampasan tentera.
Apa yang pasti, perkembangan pada 28 Februari lalu menggusarkan ramai pihak mengenai masa depan Gaza apabila Mahkamah Mesir mengisytiharkan Hamas sebagai 'organisasi pengganas', menjadikan Mesir negara keempat berbuat demikian selepas Israel, Amerika Syarikat dan Kanada.
Hamas dilihat masih popular di Gaza dan bersedia menjayakan kerajaan perpaduan dengan Fatah yang menguasai Tebing Barat selepas suara Palestin semakin diterima masyarakat dunia, khususnya di Eropah.

Comments

  1. so to be truelah kan. Ape sebenarnye yg kite boleh buat (beside donate) utk mmbntu. sometimes tu denga ade org ni ckp something like ohh "... kalo post suruh bdoa... pastu like je tak gune...". So what is relly the best thing as a belia, bende yg paling rational kite kne buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beside dari pada donate , kita juga boleh boikot syarikat yang menyumbang senjata senjata pada tentera zionis . Yang pasal like tu saya rasa demi kepentingan sendiri atas dasar mahukan likd yang banyak , itu saja pendapat saya 😊

      Delete
  2. Btw, boleh admin trngkan lagi yg pasal isu yahud sebenarnye. ape yg mereka nak dan how in the first place bende ni boleh blaku secara yg kite slalu dengar org bhskan dlm al quran dan what is really going on virtually to those non muslim yg berminat nak phm.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts