Apakah rahsia keamanan ?



Saudara dan saudari ,

Sudah bertahun-tahun kita memikirkan bahawa , apakah rahsia keamanan itu sendiri ?

Kata Qarun , harta
Kata Firaun , takhta
Kata Shah Jehan , cinta

Ayuh kita cari jawapanya .

Saudara dan saudari ,
Pertama ,
HARTA .

Saya sudah mandi menyaksikan pasang surut tamadun bertuhankan harta . Harta mencipta selesa , harat membeli megah dan harta itulah maruah . Pada awal abad kelima belas , kepulauan melayu kaya-raya , istana berlantai chengal dan bertiang jati . Aceh , Kedah Tua , Majapahit , Srivijaya dan Melaka masyhur di serata dunia . Namun , manisnya anggur peram dan denting wang emas mengiring gemalai tari di balairung seri , tak tersedar raja-raja nusantara . Penjajah sudah mula membedil kota .Portugis membuat Melaka mengemis .

Saudara dan saudari ,
Kedua ,
TAKTHA ,

Saya sendiri melihat Muammar Abu Minyar yang menjanjikan keamanan sebaik saja bersembahyang di taktha . Namun , kuasa itu saudara dan saudari , lazatnya seperti raja bersiung mengecap gulai bayam bercampur darah enak setitis diminta semangkuk . Dapat semangkuk , disembelih rakyat . Memenggal 19 juta rakyat yang tidak berdosa . Hanya kerana syak wasangka . Mereka akan menentang Muammar Abu Minyar menjadi Muammar Gaddafi . Menyaksikan dan menyiarkan hukum bunuh tanpa bicara di seluruh Libya . Kata Muammar , akulah sejarah , akulah masa kini dan akulah masa depan negara ini . Matilah aku , matilah negara ini .

Saudara dan saudari ,
Ketiga ,
CINTA .

Jauh di Eropah , saya menyaksikan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand bersatu atas nama cinta . Terbentuklah empayar Sepanyol . Tetapi , akibat cinta jugalah , Tembok Besar China yang tidak bisa diterebos walaupun dibedil seribu meriam , runtuh . Dek bisikan cinta , Puteri Chen Yuan Yuan di telinga Panglima Wu Sang Gui . " Sayang , sayang , bukalah gerbang kota mu ". Biarkan tentera dinasti King masuk menceroboh negara . Cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal terlalu dalam . Hingga tergamak memotong lidah , mencungkil mata para pembina taj mahal . Khuatir lambang cintanya ditiru orang .

Saudara dan saudari ,

Pada pendapat saya , bagi mendapatkan keamanan tidaklah datang dari ketiga-tiga contoh diatas . Namun diantara pemimpin dan rakyat penting untuk menjadi sesebuah negara itu aman daripada diceroboh dan maju dari segi infrastruktur . Sekian , terima kasih .

Comments

Post a Comment

Popular Posts