Amankah dunia ini ?

Pertelingkahan politik di Negara Syria , konflik antara kaum yang melanda Sri Lanka dan pembunuhan etnik rohingnya di Myanmar dan Bosnia member bayangan bahawa keamanan dunia amat teruk bagaikan telur di hujung tanduk . Oleh yang demikian , keamanan ini menjadi tujuan utama bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk ditangani dan rakyat-rakyat seluruh Negara perlu menanamkan sifat keamanan di dalam diri . Setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
PEMBUNUHAN ETNIK ROHINGNYA

Tidak boleh dinafikan bahawa keamanan bagi sesuatu Negara itu bergantung kepada perpaduan antara rakyat terutamanya bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia . Oleh itu , usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah dititikberatkan secara serius dan berterusan. Peristiwa hitam yang berlaku pada  13 Mei 1969 yang pernah mencalar sejarah Malaysia membuktikan bahawa ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum sangat rapuh. Mainan sentimen perkauman yang keterlaluan ibarat percikan api telah menyemarakan gelombang kebencian antara kaum. Kesannya , peristiwa berkenaan  telah meninggalkan parut walaupun lukanya sudah sembuh . Atas dasar tidak mahu pisang berbuah dua kali , kerajaan Barisan Nasional telah ditubuhkan bagi membentuk kerjasama pintar antara parti politik yang mewakili setiap kaum. Tegasnya, pertelingkahan dalam kalangan rakyat hanya akan merugikan negara kerana pihak yang kalah menjadi abu tetapi pihak yang menang menjadi arang.
PERISTIWA 13 MEI



Perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila masing-masing cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini demi kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka meja rundingan ialah platform yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul dan bukannya dengan mengangkat senjata. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda telah banyak berjasa dalam menyelesaikan pertikaian antara negara seperti perebutan Pulau Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan Indonesia serta Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Tuntasnya, setiap perumitan yang timbul hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak.

PERUNDINGAN KEAMANAN





Kesimpulannya , kita semua perlulah berganding bahu bagi mengekalkan keamanan negara tercinta . Semua kaum perlulah bersatu bagi memajukan negara di persada dunia . Kita hendaklah mengambil iktibar terhadap peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara kita 
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Comments

  1. Katakan ye kepada keamanan

    ReplyDelete
  2. Las Vegas Casino & Hotel Map - jtmhub.com
    › hotel › map › las-vegas-casino › hotel › map › las-vegas-casino Find all the important facts 천안 출장마사지 about the 충청북도 출장안마 Las 청주 출장샵 Vegas casino, including 경산 출장샵 elevation, 서귀포 출장마사지 check-in, check-out times and payouts.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts